Allahyarham Eppyshah B. Ridzuan
07.05.1987 - 06.05.2010
07.05.1987 - 06.05.2010
Harus bagaimana aku nak mulakan nota ni? Hati aku hancur bila tau kau dah takde.
Kau datang dalam hidupku kira-kira 13/14 tahun lalu. Budak baru pindah sekolah. Aku tak banyak soal, terus terima kau sebagai kawan. Kita agak rapat kan? Sampai diorang semua gosipkan kita. Damn, aku tak sangka aku masih ingat semua tu.
Masuk sekolah menengah, kita sekelas lagi kan? Form 1 sampai Form 3. Tahun Form 3 iaitu tahun 2002 lah paling banyak kenangan best antara kita dan rakan-rakan satu geng dengan kita. Aku takkan lupa semua tu.
Form 4 dan Form 5 kita dah tak sekelas. Biasalah, aku budak pandai kan. Kau kurang pandai. Haha. Persahabatan masih berjalan seperti dulu. Aku masih tak jemu melawat kelas kau kalau aku takde keje. Kau pun sama.
Lepas habis Form 5, kita dah tak sehaluan. Lost contact terus sampai ke hari ini. Aku minta maaf sebab aku alpa. Aku lupakan kau. Aku cuba untuk tenangkan jiwa aku dan berniat untuk bertemu kau bila aku habis belajar. Tapi sayangnya kau pergi dulu....
Walau apapun...kepada rakan-rakan arwah semua:
Biarlah,
Perginya dia menjadikan kita lebih matang,
Perginya satu membuatkan dua lebih rapat,
Perginya satu membuatkan yg musuh menjadi kawan,
Perginya satu membuatkan yg jauh lebih dekat,
Perginya satu membuatkan beribu lagi datang,
Perginya satu mengenangkan sejarah kehidupan,
Perginya satu menjadikan kita lebih menghargai,
Perginya satu memberi satu kesedaran,
Perginya satu membuatkan diri diinsafi,
Perginya satu menjelaskan lagi penghujung kehidupan kita,
Perginya dia ada yg lain, tapi mustahil akan sama.
Ade kelebihan, ade kelemahan. Tapi tentulah ianya hikmah bukan?
Arwah pergi meninggalkan kita selepas Subuh hari Khamis 6 Mei 2010 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Surau, Salor, Kota Bharu, Kelantan . Tak kisahlah apa pun puncanya, kita terima ini sebagai satu dugaan dan panggilan dari Illahi, biarlah kita sama sama doakan kesejahteraan dia di sana. Semoga roh nya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat oleh-Nya. Sekarang, apa yang kita boleh buat disini, kirim-kirimkanlah doa dan selawat kepada arwah. Sampai masa, tibalah giliran kita pula.
Al-Fatihah.
p/s: Selamat Hari Lahir Eppy. Semoga kau dapat terima ucapan aku ni nun jauh di sana.